![]() |
AHLI-AHLI YANG MENYERTAI PROGRAM TURUN PADANG 1.0 |
Pada 19 Januari 2017 yang lalu,badan pengawas Smk Paka telah menjalankan sebuah program yang dinamakan sebagai "Program Turun Padang" untuk kali yang pertama. Para pengawas bersungguh-sungguh untuk memberikan kerjasama dan khidmat masing-masing bagi memastikan objektif program tersebut tercapai untuk kebaikan para pelajar KRK tingkatan 1 bagi tahun 2017.
Tarikh:
19 Januari 2017 (Khamis)
Masa:
10:00am-1:30pm
Tempat:
Dewan Seri Gemilang Smk Paka(Perasmian&Penutupan)
Buat julung kalinya satu program merapatkan hubungan antara Badan Pengawas S'Paka dengan warga sekolah akan diadakan dan sasarannya adalah pelajar KRK tingkatan 1.
Program yang dinamakan sebagai program “TURUN PADANG” akan memberi pendedahan kepada sasaran tentang kepentingan keseimbangan dalam menuntut ilmu.
Hal ini selaras dengan aspirasi “MODEL MURID TERENGGANU PASCA 2020”.
MATLAMAT
-MEMBENTUK DAN MELAHIRKAN
MURID SELARAS DENGAN
MODEL MURID TERENGGANU PASCA 2020-
OBJEKTIF
> Memberi pendedahan kepentingan dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat.
> Membina keyakinan diri dalam diri pengawas sekolah melalui program ini.
> Memupuk hubungan silaturrahim antara pengawas sekolah dan murid sasaran.
RASIONAL
"MURID YANG BOLEH DIBENTUK DAN DIBIMBING DENGAN NILAI-NILAI MURNI DAN MAMPU MEMBENTUK RAKAN MURID YANG LAIN"
ATURCARA PROGRAM
10.00AM: Pelajar berkumpul di Dewan Seri Gemilang S'Paka.
10.15AM: Ucapan alu-aluan pengerusi majlis. (taklimat tentang perjalanan program)
10.25AM: Bacaan doa oleh saudara Muhammad Hafizan.
10.35AM: Ucapan Pengarah Program oleh saudara Muhammad Sharafi.
10.40AM: Ucapan Tuan Pengetua dan Perasmian Program.
11.50AM: Tayangan Video (Tema:Aku Seorang Yang Berjaya).
11.05AM: Pembahagian kumpulan.
11.20AM: Taaruf & sesi pengenalan bersama fasilitator.
*(penerangan tentang ciri-ciri aspirasi murid)
*(mencipta nama kumpulan dan slogan berdasarkan kreativiti)
*(penerangan tentang ciri-ciri aspirasi murid)
*(mencipta nama kumpulan dan slogan berdasarkan kreativiti)
12.00PM: Pelajar berkumpul kembali di Dewan Seri Gemilang.
12.10PM: Sesi pembentangan kumpulan.
12.45PM: Refleksi & penilaian.
01:00PM: Perasmian penutupan program.
01:30PM: Bergerak ke surau Al-Hidayah bagi pelajar lelaki (solat zohor berjemaah)&Dewan Terbuka bagi pelajar perempuan (mendengar tazkirah).
9 ASPIRASI MURID
1. PANDAI SOLAT.
2. PANDAI MEMBACA AL-QURAN.
3. PANDAI KOMPUTER.
4. MEMPUNYAI KEYAKINAN & HARGA DIRI YANG TINGGI.
5. MENGAMALKAN BUDAYA MENARIK.
6. BERKEMAHIRAN BERBAHASA MELAYU DAN INGGERIS.
7. SANGGUP BERHIJRAH DEMI KERJAYA
8. BERANI MENCEBURKAN DIRI DALAM KERJAYA YANG MENCABAR.
9. MENJAWAT JAWATAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM & SWASTA DI PERINGKAT PUSAT DAN ANTARABANGSA.
PENUTUP
Diharapkan dengan terlaksananya Program Turun Padang ini dapat membentuk dan melahirkan murid selaras dengan Model Murid Terengganu Pasca 2020. Program seumpama ini dilihat sebagai pemangkin dalam merealisasikan gagasan yang diuar-uarkan. Kepercayaan dan ruang yang diberikan oleh pihak sekolah terutamanya Tuan Pengetua,mampu memberi pengalaman kepada pengawas sekolah dalam membina keyakinan diri dalam mengurus dan mengkomunikasikan maklumat secara terancang.
UCAPAN&PERASMIAN PROGRAM TURUN PADANG OLEH PK HEM SPAKA |
![]() |
UCAPAN KETUA GURU DISIPLIN SPAKA |
BACAAN DOA PEMBUKAAN PROGRAM TURUN PADANG |
PARA PELAJAR LELAKI MENCARI FASILILATOR MASING-MASING MENGIKUT KUMPULAN |
PELAJAR PEREMPUAN MENCARI FASILILATOR MASING-MASING MENGIKUT KUMPULAN |
PARA PELAJAR DAN FASILILATOR MEMBUAT BULATAN BAGI SETIAP KUMPULAN |
PARA PELAJAR DAN FASILILATOR BEKERJASAMA UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN |
PERBINCANGAN ANTARA FASILITATOR BERSAMA AHLI MASING-MASING |
PARA PELAJAR DAN FASILITATOR BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN |
TAYANGAN SLIDE |
SALAH SATU PEMBENTANGAN DARIPADA KUMPULAN PEREMPUAN |
SALAH SATU PEMBENTANGAN DARIPADA KUMPULAN LELAKI |
PERBINCANGAN |
SEBAHAGIAN FASILITATOR LELAKI |
SEBAHAGIAN FASILITATOR PEREMPUAN |
TAYANGAN VIDEO BERMOTIVASI |
SALAH SATU VIDEO TRADEMARK DARIPADA KUMPULAN PEREMPUAN |
SALAH SATU VIDEO TRADEMARK DARIPADA KUMPULAN LELAKI |
PENYAMPAIAN HADIAH SESI KUIZ |
PENYAMPAIAN HADIAH SESI KUIZ |