Jumaat, 31 Mac 2017

PROGRAM TURUN PADANG 2.0

AHLI-AHLI YANG MENYERTAI PROGRAM TURUN PADANG 2.0
Pada 09 Mac 2017 yang lalu,badan pengawas Smk Paka telah menjalankan sebuah program yang dinamakan sebagai "Program Turun Padang" untuk kali yang kedua. Para pengawas bersungguh-sungguh untuk memberikan kerjasama dan khidmat masing-masing bagi memastikan objektif program tersebut tercapai untuk kebaikan para pelajar tingkatan 1 Cekal dan 1 Dinamik bagi tahun 2017.



Tarikh: 
09 Mac 2017 (Khamis)
Masa: 
10:00am-1:30pm
Tempat: 
Dewan Seri Gemilang Smk Paka(Perasmian&Penutupan)


PENDAHULUAN

Buat julung kalinya satu program merapatkan hubungan antara Badan Pengawas S'Paka dengan warga sekolah telah diadakan untuk kali yang ke-2 dan sasaran pada kali ini adalah pelajar tingkatan 1 Cekal dan 1 Dinamik.
Program yang dinamakan sebagai program “TURUN PADANG” akan memberi pendedahan kepada sasaran tentang kepentingan keseimbangan dalam menuntut ilmu.
Hal ini selaras dengan aspirasi “MODEL MURID TERENGGANU PASCA 2020”.


MATLAMAT

-MEMBENTUK DAN MELAHIRKAN 
MURID SELARAS DENGAN 
MODEL MURID TERENGGANU PASCA 2020-

OBJEKTIF

> Memberi pendedahan kepentingan dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat.

> Membina keyakinan diri dalam diri pengawas sekolah melalui program ini.

> Memupuk hubungan silaturrahim antara pengawas sekolah dan murid sasaran.

RASIONAL

"MURID YANG BOLEH DIBENTUK DAN DIBIMBING DENGAN NILAI-NILAI MURNI DAN MAMPU MEMBENTUK RAKAN MURID YANG LAIN"


ATURCARA PROGRAM

10.00AM: Pelajar berkumpul di Dewan Seri Gemilang S'Paka.

10.15AM: Ucapan alu-aluan pengerusi majlis. (taklimat tentang perjalanan program)

10.25AM: Bacaan doa oleh saudara Muhammad Hafizan.

10.35AM: Ucapan Pengarah Program oleh saudara Muhammad Sharafi.

10.40AM: Ucapan PK Hem dan Perasmian Program.

11.50AM: Tayangan Video (Tema:Aku Seorang Yang Berjaya).

11.05AM: Pembahagian kumpulan.

11.20AM: Taaruf & sesi pengenalan bersama fasilitator.
*(penerangan tentang ciri-ciri aspirasi murid)
*(mencipta nama kumpulan dan slogan berdasarkan kreativiti)

12.00PM: Pelajar berkumpul kembali di Dewan Seri Gemilang.

12.10PM: Sesi pembentangan kumpulan.

12.45PM: Refleksi & penilaian.

01:00PM: Perasmian penutupan program.

01:30PM: Bergerak ke surau Al-Hidayah bagi pelajar lelaki (solat zohor berjemaah)&Dewan Terbuka bagi pelajar perempuan (mendengar tazkirah).

 9 ASPIRASI MURID

1. PANDAI SOLAT.
2. PANDAI MEMBACA AL-QURAN.
3. PANDAI KOMPUTER.
4. MEMPUNYAI KEYAKINAN & HARGA DIRI YANG TINGGI.
5. MENGAMALKAN BUDAYA MENARIK.
6. BERKEMAHIRAN BERBAHASA MELAYU DAN INGGERIS.
7. SANGGUP BERHIJRAH DEMI KERJAYA
8. BERANI MENCEBURKAN DIRI DALAM KERJAYA YANG MENCABAR.
9. MENJAWAT JAWATAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM & SWASTA DI PERINGKAT PUSAT DAN ANTARABANGSA.


PENUTUP

Diharapkan dengan terlaksananya Program Turun Padang ini dapat membentuk dan melahirkan murid selaras dengan Model Murid Terengganu Pasca 2020. Program seumpama ini dilihat sebagai pemangkin dalam merealisasikan gagasan yang diuar-uarkan. Kepercayaan dan ruang yang diberikan oleh pihak sekolah terutamanya Tuan Pengetua,mampu memberi pengalaman kepada pengawas sekolah dalam membina keyakinan diri dalam mengurus dan mengkomunikasikan maklumat secara terancang.









































Selasa, 7 Mac 2017

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2017

BADAN PENGAWAS SEKOLAH S'PAKA 2017



Pada 22 Februari 2017 yang lalu,majlis penyerahan watikah pelantikan pemimpin pelajar telah diadakan dengan jayanya. Sebanyak lima buah badan pengawas yang telah menjalankan majlis tersebut iaitu pengawas sekolah,pengawas pusat sumber(PSS),pengawas pembimbing rakan sebaya(PRS),pengawas buku teks(SPBT) dan pengawas koperasi. Seramai 240 orang pelajar yang terpilih bagi ahli badan pengawas sekolah pada tahun 2017 dan 65 orang ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
 TEMA:

- KEPIMPINAN TONGGAK KEPERIBADIAN UNGGUL -

TARIKH:

22 Februari 2017(Rabu)

MASA:

9:00 pagi - 12:00 tengah hari

TEMPAT:

Dewan Seri Gemilang Smk Paka

TETAMU KEHORMAT:

>Dato Haji Mohd Zubir bin Embong 
(yang dipertua dewan undangan negeri Terengganu)

>Tuan Haji Kassim bin Hussin 
(pegawai pendidikan daerah Dungun)

>YM Tengku Hamzah bin Tengku Deraman
(YDP dun Paka)

>Tuan Haji Ali bin Mohd 
(yang dipertua PIBG S'Paka)

*Dalam ucapan YDP,beliau berkata "kita perlu hidup dalam peraturan,baik di rumah,sekolah atau dimana sahaja kita berada".

MATLAMAT MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DIADAKAN:


{Majlis penyerahan watikah pelantikan diadakan untuk menterjemahkan penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pengawas SMK PAKA yang akan berkhidmat untuk kepentingan sekolah sekaligus mengiktiraf kepimpinan pengawas.}



OBJEKTIF:

: Mengiktiraf para pengawas sebagai pemimpin pelajar.
: Memberi penghargaan kepada para pengawas atas
khidmat para pengawas.
: Meningkatkan rasa hormat dalam kalangan pelajar 
terhadap para pengawas.
: Menggalakkan kecekapan pengawas dalam melakukan tugasan.