Selasa, 7 Mac 2017

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2017

BADAN PENGAWAS SEKOLAH S'PAKA 2017



Pada 22 Februari 2017 yang lalu,majlis penyerahan watikah pelantikan pemimpin pelajar telah diadakan dengan jayanya. Sebanyak lima buah badan pengawas yang telah menjalankan majlis tersebut iaitu pengawas sekolah,pengawas pusat sumber(PSS),pengawas pembimbing rakan sebaya(PRS),pengawas buku teks(SPBT) dan pengawas koperasi. Seramai 240 orang pelajar yang terpilih bagi ahli badan pengawas sekolah pada tahun 2017 dan 65 orang ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
 TEMA:

- KEPIMPINAN TONGGAK KEPERIBADIAN UNGGUL -

TARIKH:

22 Februari 2017(Rabu)

MASA:

9:00 pagi - 12:00 tengah hari

TEMPAT:

Dewan Seri Gemilang Smk Paka

TETAMU KEHORMAT:

>Dato Haji Mohd Zubir bin Embong 
(yang dipertua dewan undangan negeri Terengganu)

>Tuan Haji Kassim bin Hussin 
(pegawai pendidikan daerah Dungun)

>YM Tengku Hamzah bin Tengku Deraman
(YDP dun Paka)

>Tuan Haji Ali bin Mohd 
(yang dipertua PIBG S'Paka)

*Dalam ucapan YDP,beliau berkata "kita perlu hidup dalam peraturan,baik di rumah,sekolah atau dimana sahaja kita berada".

MATLAMAT MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DIADAKAN:


{Majlis penyerahan watikah pelantikan diadakan untuk menterjemahkan penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pengawas SMK PAKA yang akan berkhidmat untuk kepentingan sekolah sekaligus mengiktiraf kepimpinan pengawas.}



OBJEKTIF:

: Mengiktiraf para pengawas sebagai pemimpin pelajar.
: Memberi penghargaan kepada para pengawas atas
khidmat para pengawas.
: Meningkatkan rasa hormat dalam kalangan pelajar 
terhadap para pengawas.
: Menggalakkan kecekapan pengawas dalam melakukan tugasan.




































Tiada ulasan:

Catat Ulasan